Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 5 February 2016

Kursus Haji

Salam Jumaat yang barakah....

Mak baru lepas jadi kucing weyh, meratah ikan semalam hihi....Nasiblah nak masuk blog, terpaksa mak tinggalkan kepala ikan, kalau tak, habis dah, mak mamah hihi.....

Esok mak ada kursus. Kursus Haji. Yang sebenarnya mak belum dapat panggilan Haji lagi pun, ni kursus saja pergi suka suka je. Kalau ada rezeki, panjang umur, insyaallah tahun 2019. 

Rasanya yang dapat pergi Haji tahun ni sure dah dipanggil kursus haji awal awal tahun macam ni kan! 

Kalau ikutkan, dah 4 minggu dah Kursus Haji ni start. Tapi mak baru dapat pergi minggu lepas. Minggu minggu sebelumnya macam macam hal pulak. Dengan Pak Jilap baru balik outstationlah, balik kampunglah.....

So, insyaallah kalau tak de pape, dapatlah mak ngan Pak Jilap pergi lagi esok.

Seronok jugaklah, dapat refresh balik ilmu yang dah lama ditinggalkan sejak zaman sekolah tu. Nak harap ulang kaji sendiri, memang entah bilalah. Maklumlah rajin sangat membaca hihi....

Mungkin sebab kursus ni Anjuran Tabung Haji agaknya, so tak kena bayar apa pun, isi borang pendaftaran, dah boleh dengar ceramah. Kalau rasa nak beli buku panduan Haji, silalah beli dengan harga Rm25 henggit. Tak nak beli, nak download je pun boleh. Mak nak beli sebab senang nak rujuk. Tak maulah kongsi kongsi dengan Pak Jilap! Dasar kedekut! Hihi.....


Senang sikit nak conteng conteng cenggini, nampaklah sikit macam fokus gitu haha....


Lupa nak bagi tahu, Tabung Haji ada sediakan minum pagi jugak tau. Mak tengok macam ada kuih jer. Minggu lepas, mak tak delah ambik kuih, malu weyh!..... First time katanya......
Tengoklah minggu ni, harus mengganas ni! Haha....

Thursday, 4 February 2016

Di sebuah pulau yang damai

Salam Khamis......

Ada yang dah cuti ke hari ni ? Maklumlah minggu depan cuti panjang.

Kalau ikutkan musim musim cuti panjang cengginilah, masa yang tepat untuk bercuti di luar kawasan yek. Bolehlah pergi jauh sikit daripada ruang legar udara Malaysia hihi....

Maksud mak, koranglah ...... Mak, ginilah seadanya. Paling jauh pun mak pergi, ruang legar udara PD jer lah hihi..... Tapi untuk Raya Cina, hotel PD kebanyakkannya memang dah fully book ye. Minggu lepas baru Pak Jilap check. Biasalah kan..... kami ni, memang suka sangat, dah nak berak baru korek lubang.

Mula mula ingat gitulah. Nak merehatkan badan sambil honeymoon sekali lagi kat tepi pantai. Tapi nampaknya, honeymoon anganku musnah, kena balik kampung teman bonda huhu..... Ayahanda dan bonda sini pulak? Huhu...

Tulah tu, ada masa teringin jugak nak pergi bercuti jauh sikit, booking hotel siap siap. Tapi kadangkala rasa bersalah tu menebal dalam diri. Bersalah kat adik beradik lain yang bergilir gilir menjaga kedua dua mak abah kita, kita sedap sedap pulak berhoneymoon.

Memanglah mak bukan langsung tak menjenguk mereka. Mak kampung, paling lama pun, mak akan balik sebulan sekali, PIL pulak, insyaallah 2 minggu sekali.

Untuk lagi kerap menjenguk mereka, tak termampu dek badan yang dah semakin kilauan ni. Dengan anak anak yang kadangkala ada aktiviti sekolah hujung minggu, dengan Pak Jilap yang stress dengan kerjanya hari hari, mak yang duduk rumah ni pulak terasa flat hihi....

Gitulah perjalanan kehidupan menjadi anak yang ada ibu bapak yang uzur dan dah berusia ni. Banyak penjuru yang perlu difikirkan kalau nak berjimba mamba dengan family sendiri disebuah pulau yang damai.

Aduhhhh.....

Wednesday, 3 February 2016

Sesekali melayan tekak

Salam Rabu......

Mak selalu nampak restoren Chef Zubir ni kalau nak ke rumah PIL. Selalu jugak berjanji dengan anak anak dara ni,  kalau abang Iman balik nanti, bolehlah kita test makan steak kat sini. Sure lain rasanya, maklumlah Chef Celebrity katanya. Huh.....harganya kot yang mungkin lain hihi....

Minggu lepas balik dari rumah PIL, maka ke sinilah mak tuju anak beranak. Tapi, tak de rezeki, penuh weyh! Kalau sanggup nak menunggu, silalah tulis nama ye kat pintu masuk tu. Tak kuasa, haih....

Sudahnya ke restoren sebelah jerlah. Rezeki Al Diafah rupanya malam tu. 

Kalau dah masuk kedai Arab katanya, nak makan apa lagi kalau bukan Nasi Arabkan! 
Mula mula mak tengok masa dia hantar tu, nampak macam sikit weyh..... tapi alhamdulilah, memang cukup untuk mak lima beranak yang berselera Jilapah ni. Hihi...

Menyesal pulak ambik Ayam panggang, kalau ambik Ayam Mandy kan best! Lembut sikit kot. Harga Rm75. Dan dan teringat pulak Kedai Arab Barada kat BTHO tu, baru RM45 henggit hoho....

Memang agak mahal. Tapi sesuailah kot harga dia dengan restoren yang cantik dan nampak ekslusif tu.

Dah tau harga seram, ngengada pulak tekak mak nak try kebab ni hihi..... Eleh, bukan selalu pun bang, ni kira upah gosok baju orang ar....
RM 30 henggit ko. Lepas makan, menyesal pulak! Mak selalu cenggitu tau! Masa mengorder tak mengingat!


Pak Jilap lagi ngengada, Kopi Turkish di trynya. Dahlah cawan kecik, sikit, mahal pulak tu huh..... Suka hati tekaulah, duit sendiri kan hihi.....Habiskan bang!