Pantang Sebut

Salam Khamis.....

Hari ni mak malas nak merapu lebih lebih. Tak de mood...... sebab tak boleh berkudap. Puasa weyh ! Orang berebut puasa sunat, awak baru nak puasa ganti! Baguihlah....

So layan ajelah apa yang mak hidang ni....

Masa cuti sekolah hari tu jiran pergi IKEA. IKEA ada sale katanya. Habis tu ko beli apa? Tak beli apa, beli mangkuk salad Rm4.99 sen jer, satu kecik satu besar. Orang pompuan kan memang cenggitu, tak beli tu maksudnya tak beli banyak sebenarnya hihi...... Lepas tu dia cakaplah, dia makan meatball kat IKEA.

OKje memang tak pernah makan meatball kat IKEA tu. Sedap sangat ke? Ramai orang cakap sedap kan....

So macam biasalah mak ni, pantang orang cakap pasal makanan jer, dan dan tu terus teringin hihi.....
Nak ke IKEA semata mata nak makan meatball, macam tak berbaloilah pulak. Lagi pun, Pak Jilap bukannya suka sangat benda benda gini. So marilah kita 'mengemeatball' sendiri jer....

Jangan salah sangka pulak, meatball tu bukan mak gentel sendiri hokay, mak belum lagi rajin macam Puan Kutu, beli siap jer.......Tak kuasa tau!

Dah macam sos black paper jer ghupernya ........ Bukan macam lagi, memang sebijik weyh! hihi......

Petang ni macam teringin pulak nak melompat sambil menikam. Ni gara gara Daddy Ziyyadlah ni. Ditanyanya kita tau ke tidak Kuih Lompat Tikam tu dalam entri ni, Kan dah nak buat petang ni! Macam tak tau pulak, tekak mak ni, kan sensitif kalau dengar orang sebut pasal makanan hihi........

Adik beradik Bubur Sum Sum jer Lompat Tikam tu rupanya..... 


Comments

  1. Bahaya kuih tu hainom.. nak makan kena melompat dulu pastu kena tikam.. hahhaha

    ReplyDelete
  2. Kakcik belum pernah hayat lagi sampai ke IKEA tu...huhuhu...kesian, kan? :(

    ReplyDelete
  3. kakak pun harini puasa ganti juga hainom...nak puasa awal2 tempohari tak sehat,ni baru terkejar2 ....kalau dah tekak teringin buat je hainom ...nanti kempunan pulak.

    ReplyDelete
  4. lompat dan tikam terussss ngappp.... gulpppp... sedappp.. hahaha

    ReplyDelete
  5. sedapnya...nak pergi memang jauh ler...

    ReplyDelete
  6. buat buka puasa sedap tu okje..bubur som som acik panggil

    ReplyDelete
  7. Hahaha...
    So Mak tak pernah makan Lompat Tikam lah ni?

    Mitbol ikea tu ikut tekak saya, sedap la..tapi takde la sedappppp sangat...hahaha..

    ReplyDelete
  8. saya tak pernah makan.. tapi bila tengok saja dlm gambar ni.. cair air liur nak merasa..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia kepada semua..

    Memohon jasa baik untuk memberi vote kepada blog saya timetravelafif.blogspot.com yg telah dipercalonkan di Malaysia Social Media Week 2015 dlm ketegori "best travel blog 2015"..

    Cara nak undi senang jer kene guna acc facebook..

    Harap dapat memberi undi dan dpt menyebarkan kpd yg lain utk mngundi blog saya.. Ribuan terima kasih diucapkan..

    Sila klik link di bawah utk mngundi..

    http://www.socialmediaweek.com.my/programmes/awards/category.php?id=10

    ReplyDelete
  10. sally plak pantang nampak...nak sikit!

    ReplyDelete
  11. sedap tu dua2 yg lompat tikam lagi best tk pernah buat tapi pernah makan je

    ReplyDelete
  12. alaaa kan dah lapat meatball dah!!grrr..mane nak cari skrg nie...huwaaa..

    ReplyDelete
  13. alaaa kan dah lapar meatball ikea!

    ReplyDelete
  14. Elok juga org sebut aje dinda terus nak buat. Kalau kanda ni alahai tunggu masa nak buat memang makan bulanlah jawabnya. Beli aje kat pasar malam tak payah nak menikam melompat. Hulur fulus lompat tikamnya sedia masuk dlm plastik ready utk dimakan:)

    ReplyDelete
  15. bgslah akka nih... rajin bebeno...
    jgn lupe share resepi melompat tikam tuh

    ReplyDelete
  16. kita baru je nak semangat puasa sunat balik,baru posa isnin dah bendera jepun pulak ni.haha..

    amboi menyeru kerajinan sy disitu..sy pun tak pernah mkn IKEA punya meatball yg org kata Sedap sangat tu.sebenarnya IKEA pun belum pernah jejak.hahaha

    lompat tikam.aduh..senang ke buatnya..sy dh buat dah kuih dangai macam mak jilap.nti sy up entry.huhu..

    ReplyDelete
  17. X pernah jugak makan meatball ikea ni. Hr tu buat sendiri jugak. Boleh la tahan.

    Kuih lompat tikam tu sy x pandai buat. Pandai makan je

    ReplyDelete
  18. Sikit hari lagi ada IKEA kat sini..saya nak rasa meatball tu..sedap sangt ka sampai jadi fenomena..:p

    ReplyDelete
  19. Waa sedapnya dia menjamu selera, yang memandang ni turun terliur sama.
    Lompat tikam kata orang kelantan, kita kat johor panggil bubur sum-sum je.
    Betul tak Hainom ?

    ReplyDelete
  20. Salam jumaat. Hee sedap meatball itu.

    ReplyDelete
  21. Macam ada sepotong mushroom di situ...huhu

    ReplyDelete
  22. saya pun blm pernah rasa ... huhuhuuu

    ReplyDelete
  23. Ha.. cepat habiskan puasa ganti tu.. jangan lengah2 dah tak lama ni..

    Rajin sediakan meatball sendiri ya Okje.. bagus2. Lepas kempunan tu ya..

    ReplyDelete
  24. Okje, kena pegi rase juge sekali meatball kat IKEA tu. Skrg dah buka di Cheras dan Putrajaya kan? Eh, ke yg kat putrajaya tu khayalan perasaan aku semata-mata je?

    ReplyDelete
  25. Semua orang kata meatball kat IKEA tu sedap tapikan, tekak western I tak rasa gitulah, OKje.... Okeylah, boleh ditelan meatball tu tapi biasa jerk. Takdalah sedap mana pun. Buat sendiri lagi afdal, jimat duit. Tapi takpa, kalau tak rasa lagi, nanti tahun depan kalau IKEA buka kat Cheras bolehlah kita sama-sama bersantai merasa nikmat meatball IKEA ni, Mak oii..... Hehehe!

    ReplyDelete
  26. kalau time posa tengok air kosong kt board tepi jalan pun teringin kak oiiiii. kira leteww hihi

    ReplyDelete
  27. Assalam ok jer
    alahaaiiiiiii
    meatball
    balik ni nak kena goreng nugget daging ramly laaaaaaaaaaa he3

    ReplyDelete
  28. eija pun tak pernah try metball kat ikea tu.. even tggl tak jauh sgt dr situ hehe... sedap nya lompat tikam.. lama dah tak jumpa tp sekarang jarang jumpa org jual letak pulut pink tu kannn.. pulut mahai da kot

    ReplyDelete
  29. sana sini orang kata meatball kat ikea tu sedap (baca dlm blog hehe) .. sangat sedap ke okje. Teringin pula nak rasa tapi kk belum ada ikea lagi huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts